FXML
FXML
Program HelloJavaFX sebelum ini dibuat hanya dengan menggunakan code Java. Cara ini tidak menggunakan kaedah model-view-controller (MVC). Dengan kaedah MVC, kita boleh menggunakan FXML untuk menentukan rupa bentuk program kita.
Sekarang kita akan delete balik projek HelloJavaFX sebelum ini dan akan buat benda yang sama tetapi menggunakan FXML.
Jadi, seperti sebelum ini klik
File kemudian New Project. Pilih kategori JavaFX, dan pilih projek JavaFX FXML Application. Selepas klik Next, namakan projek kita, contohnya HelloJavaFX.
Setelah selesai, kita akan dapat tiga file iaitu
HelloJavaFX.java,FXMLDocument.fxml, dan FXMLDocumentController.java. Anda boleh run program tersebut walaupun program tersebut agak lain daripada program sebelum ini.
Untuk menunjukkan cara untuk membuat file FXML, kita akan delete dua file ini:
- FXMLDocument.fxml
- FXMLDocumentController.java
Create file FXML
Sebelum itu, kita akan membuat satu package baru untuk menyimpan file FXML. Anda boleh abaikan step ini, tetapi saya galakkan untuk membuatpackage baru supaya code lebih tersusun.
Klik kanan pada package
hellojavafx, kemudian New, dan klik Java Package.
Namakan package ini sebagai
hellojavafx.view dan klik Finish.
Untuk membuat file FXML yang baru, klik kanan pada package
view, kemudian New, dan klik Empty FXML. Namakan apa-apa sahaja, jadi kita akan namakan file tersebut sebagai Home. Selepas klik Next, tick pada Use Java Controller. Selepas Next yang seterusnya, ikut suka anda mahu menggunakan CSS ataupun tidak. Akhir sekali, klik Finish.Edit FXML menggunakan Scene Builder
Jika anda sudah install Scene Builder, double-click file
Home.fxml untuk edit menggunakan Scene Builder.
Sekarang kita akan buat program sama seperti HelloJavaFX sebelum ini. Jadi, kita resize AnchorPane kepada saiz 400×300. Klik pada AnchorPane tersebut, dan segala Properties akan terpapar pada menu sebelah kanan. Klik pada Layout dan tukar lebar (width) dan tinggi (height).

Untuk menambah control (atau widget) pada Pane, lihat menu di sebelah kiri dan klik
Controls, kemudian tarik saja ke Pane tersebut.
Kita boleh menukar text pada button tersebut di menu sebelah kanan bahagian Properties.

Setelah selesai, kita boleh save dan tutup Scene Builder.
Komentar
Posting Komentar